Pembinaan semula Kaabah dilakukan semula secara gotong royong . Perselisihan faham telah berlaku untuk menentukan siapa yang berhak untuk meletakkan hajarul aswad ditempatnya.Pertelingkahan berlaku selama beberapa hari sehingga hampir mencetuskan peperangan.
Kaum-kaum yang bertelagah ialah bani Hasyim , Makzum, Auf, Asad, Abdul Dar dan bani Addi. Sebagai penyelesaian mereka bersepakat melantik orang yang pertama memasuki pintu Bani Syaibah menjadi hakim.Di takdirkan Allah orang yang pertama memasuki pintu itu ialah Muhammad SAW yang nterkenal dengan gelaran AL Amin.
Nabi Muhammad SAW dengan bijaksana telah membentangkan kain dan meletakkan Hajarul aswad ditengah-tengah kain tersebut. Baginda meminta wakil-wakil kaum memegang setiap penjuru kain dan mengangkatnya bersama-sama kesisi kaabah.
SIFAT-SIFAT TERPUJI NABI MUHAMMAD
Jelas sekali semasa peristiwa perletakkan Hajarul Aswad itu Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan sifat BIJAKSANA, SABAR dan ADIL.
ANTARA KELEBIHAN MENGUCUP HAJARUL ASWAD
1. Mengikut sunah Nabi Muhammad SAW
2. Menjadi saksi pada hari kiama
3. Tempat dimakbulkan doa bagi orang Islam.

No comments:
Post a Comment