Diri saya

My photo
KK, Perak, Malaysia
D20112054961 EL-A17 ASMARA BINTI ALIAS

Friday, 14 December 2012

ASMAUL HUSNA - AR RAHMAN DAN AR RAHIM

ALLAH mempunyai 99 nama.Nama itu dikenali sebagai ASMAUL HUSNA. Antara nama ALLAH termasuk AR RAHMAN dan AR RAHIM.

AR RAHMAN

AR RAHMAN bermaksud sifat pemurah ALLAH kepada semua makhluk. Semuanya mendapat nikmat semasa hidup di dunia ini.
Antara contoh nikmat yang dikurniakan kepada kita ialah diri kita sendiri.Kita ada mata dapat melihat,  ada tangan dapat memegang dan melakukan kerja , ada telinga dapat mendengar dan sebagainya.

AR RAHIM

AR RAHIM pula bermaksud sifat pengasih ALLAH kepada manusia yang beriman sahaja. Kasih sayang ini berterusan sehingga hari akhirat.

TANDA-TANDA  AR RAHMAN DAN AR RAHIM ALLAH TERHADAP HAMBANYA.


  1. Mengurniakan akal fikiran
  2. Memberikan nikmat kesihatan
  3. Mengurniakan rezeki secara berterusan
  4. Menurunkan Al Quran sebagai panduan hidup.
  5. Mengutuskan nabi dan rasul
  6. Memberikan kepda manusia peluang untuk bertaubat                                                                      


CARA-CARA MENJADI SEORANG YANG PEMURAH.


  1. Suka abersedekah walau[pun sedikit
  2. Bersimpati dan menolong orang yang susah
  3. Yakin dengan ganjaran yang ALLAH sediakan.
  4. Mencontohi amalan orang yang pemurah
  5. Sentiasa bersyukur dengan nikmat ALLAH.

Thursday, 13 December 2012

SIRAH RASULULLAH..PERKAHWINAN RASULULLAH

Khadijah binti Khuwailid seorang bangsawan arab yang berhati mulia. Beliau juga seorang usahawan yang kaya di Mekah. Beliau telah memilih nabi Muhammad SAW untuk menguruskan perniagaannya.Nabi Muhammad SAW dipilih kerana sifatnya yang jujur , rajin, sabar dan bijaksana.

Perniagaan yang diuruskan oleh nabi berjaya mendapat keuntungan.Khadijah amat tertarik dengan peribadi nabi Muhammad SAW. Akhirnya mereka berkahwin. Nabi Muhammad SAW memberikan mahar kepada Khadijah semasa perkahwinannya. Nabi Muhammad SAW berumur 25 tahun semasa berkahwin dan khadijah berumur 40 tahun. Mereka hidup genbira dan bahagia.

TELADANI SIFAT RASULULLAH.

Kehidupan nabi Muhammad SAW dengan isterinya Khadijah sangat bahagia. Ini kerana sifat- sifat mulia yang ada pada baginda. Antara sifat tersebut termasuklah:


  1. PEMAAF
  2. ADIL
  3. PENYAYANG
  4. PENYABAR
  5. SENTIASA MEMBANTU ISTERI
  6. BERSOPAN SANTUN
  7. BERLEMAH LEMBUT
  8. SUKA BERGURAU
  9. MENGHORMATI ISTERI
  10. MENJAGA PERASAAN ISTERI

Antara contoh peribadi nabi Muhammad SAW membantu isterinya:

  1. MENGEMAS RUMAH
  2. MENJAHIT BAJU YANG KOYAK
  3. MEMERAH SUSU KAMBING

MARI KITA FAHAMI PANTUN DI BAWAH.

Anak-anak nabi ada tujuh orang
Tiga lelaki empat perempuan
Enam orang anak dengan Khadijah
Seorang lagi dengan mariah

Detik ditunggu telah pun tiba
Lahirlah Qasim putra tercinta
Anak pertama dalam keluarga
Rasa bahagia tidak terkata

Gembira di hati semakin bertambah
Kerana mendapat anugerah ALLAH
Zainab, Rokiah, Ummu khalsum, fatimah
Itulah nama puteri Rasulullah.

Bersyukur nabi pada yang Esa
Dikurniakan lagi dua putra
Abdullah dan Ibrahim diberi nama,
Permata hati ayahanda dan bonda


Nota:  

IBRAHIM : Anak hasil perkahwinan dengan mariah AL Qibtiah
Enam orang anak hasil perkahwinan dengan Khadijah.
Semua anak lelaki nabi Muhammad SAW meninggal dunia ketika masih kecil.


MARI KENALI ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

Sebagai seorang suami dan ayah, nabi Muhammad SAW sangat mengasihi isteri dan anak-anaknya. Kasih sayang nabi Muhammad SAW terhadap mereka ialah contoh yang terbaik dan perlu diteladani.

Isteri yang paling disayangi oleh baginda ialah Khadijah. Beliau sentiasa memberikan semangat dan membantu perjkuangan nabi.

Nabi Muhammad SAW juga tidak pernah berkahwin lain sehinggalah Khadijah meninggal dunia. Antara isteri baginda termasuk Aisyah binti Abu Bakar, Hafsah binti Omar, zainab binti Jahsyi dan mariah Al Qibtiah.

ANTARA IKTIBAR YANG DAPAT DIAMBIL DARI KISAH PERKAHWINAN NABI MUHAMMAD.

  1. Perkahwinan ialah suatu sunnah
  2. dapat menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan
  3. membina kasih sayang dalam keluarga 
  4. membina kasih sayang dalam keluarga
  5. Dapat menambahkan zuriat
  6. Mengembangkan zuriat

CUBA BACA DAN CUBA  JAWAB SOALAN DI BAWAH SECARA LISAN.

  1. Siapakah isteri pertama nabi Muhammad SAW ?
  2. Apakah pekerjaan nabi sebelum berkahwin ?
  3. Sebutkan sifat-sifat nabi Muhammad SAW yang menarik perhatian Khadijah ?
  4. Berapakah umur nabi muhammad SAW dan khadijah semasa berkahwin?
  5. Bagaimanakah kehidupan rumah tangga nabi selepas berkahwin ?

                                                   SELAMAT MENCUBA











Wednesday, 12 December 2012

Taati Perintah ALLAH

Fahami Pantun Di Bawah


Fardu Ain dan Fardu Kifayah
Banyak Faedah di sebalik perintah
Iman mantap pahala bertambah
Majulah diri majulah Umat

Jika kedua-duanya tidak ditaati
Amatlah rugi umat dan diri
Mendapat azab di akhirat nanti
Masyarakat mundur sudahlah pasti

Apa itu Fardu Ain ?

Fardu Ain ialah perkara yang dituntut kepada setiap orang Islam supaya melakukannya.

Ini adalah perintah Allah kepada setiap individu Muslim dan wajib dilakukan. Sekiranya tidak dilakukan individu Muslim tersebut akan berdosa.
Antaranya ialah SOLAT FARDU LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM,

Selain itu,

Taat kepada kedua ibubapa yang melahirkan kita
                                                                   






































Bersyukur dengan nikmat ALLAH dan juga menutup aurat
                           


FARDU KIFAYAH pula ialah perkara yang dituntut kepada semua umat Islam setempat. Apabila ada yang melakukannya maka gugurlah tuntutan itu terhadap orang lain.

Antara contoh fardu Kifayah ialah

  

Berniaga atau menjadi peniaga


                                         Menjadi askar untuk mempertahankan negara


                                         Solat Jenazah


                                     Merawat pesakit dengan menjadi Doktor atau Jururawat



                                  Baca dan hayati pantun ini.

                                  Fardu Ain satu tuntutan
                                 Tuntutan wajib terhadap diri
                                 Jangan ingkari segera lakukan
                                 Mesti turuti tanpa pengganti

                                Fardu Kifayah nama hukumnya
                                Sekumpulan umat wajib laksana
                                Jika ada yang melakukannya
                                Terlepas yang lain daripada dosa.



Baca dan jawab pantun di bawah.

Masak lemak ikan tenggiri
Makan bersama di rumah mak kiah,
Jika anda bijak bistari,
Bezakan antara fardu Ain dengan fardu Kifayah.








Sunday, 2 December 2012

Sirah Rasulullah.Peristiwa Hajarul Aswad

Hajarul Aswad ialah batu hitam yang berasal dari syurga.Asalnya bewarna putih dan terletak di penjuru sebelah timur Kaabah.Ketika nabi Muhammad berumur 35 tahun Kota Mekah dilanda banjir besar menyebabkan dinding Kaabah runtuh. Hajarul Aswad telah berubah dari kedudukan asalnya.

Pembinaan semula Kaabah dilakukan semula secara gotong royong . Perselisihan faham telah berlaku untuk menentukan siapa yang berhak untuk meletakkan hajarul aswad ditempatnya.Pertelingkahan berlaku selama beberapa hari sehingga hampir mencetuskan peperangan.


Kaum-kaum yang bertelagah ialah bani Hasyim , Makzum, Auf, Asad, Abdul Dar dan bani Addi. Sebagai penyelesaian mereka bersepakat melantik orang yang pertama memasuki pintu Bani Syaibah menjadi hakim.Di takdirkan Allah orang yang pertama memasuki pintu itu ialah  Muhammad SAW yang nterkenal dengan gelaran AL Amin.










Nabi Muhammad SAW dengan bijaksana telah membentangkan kain dan meletakkan Hajarul aswad ditengah-tengah kain tersebut. Baginda meminta wakil-wakil kaum memegang setiap penjuru kain dan mengangkatnya bersama-sama kesisi kaabah.

Setelah itu baginda mengangkat dan meletakkan di tempat asal. Tindakan baginda yang berhikmah itu telah mengelakkan berlakunya peperangan.

SIFAT-SIFAT TERPUJI NABI MUHAMMAD

Jelas sekali semasa peristiwa perletakkan Hajarul Aswad itu Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan sifat BIJAKSANA, SABAR dan ADIL.




ANTARA KELEBIHAN MENGUCUP HAJARUL ASWAD

1. Mengikut sunah Nabi Muhammad SAW
2. Menjadi saksi pada hari kiama
3. Tempat dimakbulkan doa bagi orang Islam.

Wednesday, 28 November 2012

PELAJARAN AQIDAH TAHUN 2


TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH





TANDA-TANDA LAIN KEWUJUDAN ALLAH

1. Adanya bulan
2. Matahari
3. Bintang
4. Halilintar, petir, guruh. kilat
5. Kejadian manusia
6.Tumbuh-tumbuhan hidup melata
7. Batu-batuan
8. Haiwan dan sebagainya lagi.

KESAN MEMPERCAYAI KEWUJUDAN ALLAH

1. Sentiasa mengingati ALLAH
2. Mengakui kebesaran ALLAH
3. Meningkatkan keimanan kepada ALLAH
4. Ia akan sentiasa ikhlas dalam melakukan ibadat kepada ALLAH

SOALAN LATIHAN

1.Sebutkan kesan mempercayai kewujudan ALLAH
......................................................................................
.....................................................................................
.....................................................................................

2.Tuliskan contoh-contoh lain tentang kewujudan ALLAH
.......................................................................................
.......................................................................................
.......................................................................................

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 2

Kem bestari solat diadakan adalah untuk membimbing murid supaya murid mengetahui dan tahu cara-cara mengerjakan solat.








PELAJARAN AKIDAH TAHUN 2


KENALI MALAIKAT

Malaikat ialah makhluk ALLAH yang diciptakan daripada cahaya . Kita wajib beriman dengan kewujudannya.

Berapakah bilangan malaikat yang wajib kita ketahui ?
Bilanagan Malaikat tidak terkira banyaknya. yang wajib kita tahu adalah seramai 10 sahaja.

Apakah dalil kewujudan malaikat ?
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat- malaikatNya, dan Kitab-KitabNya, dan Rasul-RasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-RasulNya". Mereka berkata lagi: "Kami dengar dan kami taat. (Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan Kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".


MALAIKAT YANG WAJIB KITA KETAHUI SERAMAI 10 ORANG

JIBRAIL- Menyampaikan wahyu
MIKAIL- Memberi rezeki
ISRAFIL - Meniup Sangkakala
IZRAIL- Mengambil nyawa
MUNGKAR NAKIR - Menyoal di dalam kubur
RAKIB - Mencatat perbuatan baik
ATID - Mencatat perbuatan jahat
MALIK -Menjaga Neraka
RIDZUAN - Menjaga Syurga



SIFAT MALAIKAT
Tiada nafsu
Bukan lelaki atau perempuan
Tidak berkahwin
Semuanya taat kepada Allah
Tidak makan minum dan tidur

SIFAT MANUSIA
Mempunyai nafsu
Ada lelaki dan perempuan
Berkahwin
Ada yang taat dan ada yang ingkar
Makan minum dan tidur

Sifat Malaikat amat berbeza dengan sifat manusia.
Orang yang beriman kepada malaikat akan....
Berakhlak mulia
Taat kepada perintah ALLAH
Ikhlas melakukan amalan kebaikan
Iman bertambah mantap
Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ALLAH berikan.


Cuba jawab soalan di bawah.

1. Apakah arti malaikat?
   ............................................................................................................

2. Apakah hukum beriman kepada Malaikat ?
   ............................................................................................................

3. Nyatakan bilangan dan nama Malaikat yang wajib di ketahui ?
    ..........................................................................................................